10 December 2010

Direktori Usahawan RISDA Kelantan

             Setelah ditubuhkan pada 5 Oktober 2010 Kelab Usahawan RISDA Negeri Kelantan menerima keahlian seramai 539 ahli di seluruh negeri Kelantan. Ianya daripada 4 Pusat Tanggungjawab iaitu 225 ahli di Kelantan Utara, 163 ahli di Kelantan Tengah, 118 ahli di Kuala Krai dan 33 ahli di Gua Musang.
              Para usahawan RISDA mengusahakan pelbagai jenis perusahaan antaranya ialah Kraf Daun Getah seramai 15 ahli, Kraf Tangan seramai 153 ahli, Makanan Ringan seramai 123 ahli, Makanan Sejuk Beku seramai 20 ahli, Perkhidmatan seramai 93 ahli, Roti Kek & Pastri seramai 53 ahli, Ternakan seramai 16 ahli, Tanaman seramai 5 ahli dan lain-lain seramai 61 ahli.
















Sejarah Penubuhan Kelab Usahawan RISDA Negeri Kelantan

        Kelab Usahawan RISDA atau RISDA Entrepreuners Club (RISEC) ini ditubuhkan bertujuan untuk membina rangkaian kerjasama antara semua usahawan RISDA di seluruh negeri dan mewujudkan satu pelan pelaksanaan pembagunan usahawan pekebun kecil yang lebih terancang,sistematik dan terselaras.
         RISEC Kelantan telah dilancarkan dengan rasminya pada 5 Oktober 2010 oleh YBHG. Dato' Hj.Ali Nordin Bin Wahiduddin.
YBHG. Dato' Hj.Ali Nordin Bin Wahiduddin di Majlis Perasmian Penubuhan Kelab Usahawan RISDA Negeri Kelantan 







09 December 2010

RISEC Dan Penerangan Logo


Kelab Usahawan RISDA (RISEC) ditubuhkan bertujuan untuk membina rangkaian kerjasama antara semua usahawan RISDA di seluruh Negara dan
mewujudkan satu pelan pelaksanaan pembangunan usahawan pekebun kecil yang lebih terancang, sistematik dan terselaras.

                 ‘Usahawan RISDA’ - pekebun kecil yang memiliki / mengusahakan          sesebuah perniagaan / perusahaan yang beroperasi secara bersendirian atau      berstatus majikan dan sanggup menanggung risiko dan selaras dengan Akta RISDA 2009.
RISDA telah membangunkan pekebun kecil dalam aktiviti perladangan   getah dan sawit dengan jayanya. Di samping itu, RISDA juga berperanan          menggalakkan pekebun kecil menceburi pelbagai aktiviti ekonomi bagi menambah dan meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta isi rumah. Pekebun kecil        berpotensi yang telah dibimbing telahpun berjaya memajukan diri dengan             peningkatan ciri-ciri keusahawanan bagi meningkatkan pengeluaran dan meluaskan pasaran produk keluaran mereka sama ada produk barangan atau perkhidmatan. Satu rangkaian yang ampuh perlu dibina bagi memberi peluang kepada semua    usahawan yang dilahirkan oleh RISDA bergerak dengan tersusun, bersepadu dan bersatu dalam merancang serta melaksanakan aktiviti keusahawanan dalam era    globalisasi sesuai dan selari dengan satu matlamat serta bernaung di bawah logo yang sama iaitu RISEC (Kelab Usahawan RISDA).


Penerangan Logo RISEC
 OREN—Usahawan yang gigih
 HIJAU—Aktiviti berasaskan Pertanian
 UKIRAN—Aktiviti berasaskan kraftangan
 BANGUNAN—Industri berasaskan perkhidmatan, pertanian dan kraftangan

 

Ahli Jawatankuasa Kelab Usahawan RISDA (RISEC) Peringkat Negeri

Penasihat                      :       En. Zahari Bin Mat Amin
                                            (Pengarah RISDA Negeri Kelantan)

Ex-Officio                     :       En. Mohamad Bin Ismail
                                             (Timbalan Pengarah RISDA Negeri Kelantan)

Yang Dipertua               :       En.Nik Hashim Bin Nik Mohd Yusoff
                                             (PT Machang)

Naib Yang Dipertua       :       En.Abdul Kadir Bin Hashim
                                             (PT Kuala Krai)

Setiausaha                      :       Pn.Wahyunah Binti Esa
                                              (PT Tanah Merah)

Bendahari                       :       Pn.Homah Binti Hamzah
                                              (PT Tanah Merah)

Ahli Jawatankuasa           :       1. Ahmad Nizar Bin Ismail
                                                   (Gua Musang)

                                                2. Siti Filzah Binti Che Mat Min
                                                    (Kuala Krai)

                                                 3. Wan Musa Bin Wan Husin
                                                     (Kuala Krai)

                                                  4. Wan Zainab Binti Wan Muda
                                                      (Jeli)

                                                  5. Mohd Zai Bin Hanapi
                                                      (Tanah Merah)

                                                  6. Che Suriati Binti Che Harun
                                                      (Kelantan Utara)

                                                  7. Latifah Binti Che Ali
                                                      (Kelantan Utara)


Pengarah RISDA Negeri Kelantan
Timbalan Pengarah RISDA Negeri Kelantan
Yang Dipertua
Naib Yang Dipertua
Setiausaha
Bendahari
AJK Gua Musang
AJK Kuala Krai
AJK Kuala Krai
AJK Tanah Merah
AJK Kelantan Utara
AJK Kelantan Utara