Ramai yang bersetuju untuk menjadi usahawan yang berjaya memerlukan ciri-ciri yang disebutkan seperti berikut:
1. Inisiatif dan Bertanggung jawabKebanyakan para pengkaji bersetuju keberkesanan aktiviti usahawan adalah dengan mencari dan mengambil inisiatif. Golongan ini sanggup meletakkan diri dengan mencari dan mengambil inisiatif. Mereka dilihat sebagai orang yang bertanggung jawab di dalam sesuatu opeasi tidak kira sama ada berjaya atau gagal. Usahawan adalah seorang yang bertanggung jawab terhadap apa yang akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah di mana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.
..
..
2. Komitmen Yang TinggiKejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut. Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan. Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan
..
3. Orientasi Peluang (kesempatan)Fokus usahawan dan mula merebut peluang tidak bergantung kepada kajan, struktur atau startegi. Mereka bermla dengan peluang yang ada dan membiarkan kefahaman mereka menadi panduan ke atas isu-isu yang penting. Usahawan mempunyai kebijaksanaan di dalam mencari peluang yang ada. Di dalam mencari peluang perniagaan baru, usahawan melihat peristiwa atau kejadian sama seperti orang lain, tetapi hasilnya atau penlaian terhadap peristiwa tersebut adalah berlainan. Usahawan bukan sahaja berkebolehan mencari mencari peluang yang ada tetapi mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut.

4. Mengambil Risiko Secara SederhanaUsahawan bukanlah seorang yang sanggup mengambil risiko secara membabi buta, segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira. Apabila seseorang usahawan melibatkan diri di dalam sesuatu pelaburan, semua perkiraan telah diambil kira demi untuk mengelakkan usahawan tersebut menanggung risiko yang tidak sepatutnya.

5. Keyakinan dan OptimistikUsahawan mempunyai keyakinan diri yang tinggi i atas kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan. Kecenderungan ini membuakan mereka bersikap otimistik terhadap kejayaan yang akan mereka kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar. Dengan mempunyai keyakinan dan optimistik yang tinggi, tidak hairanlah banaak usahawan yang pernah gagal berkali-kali akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya.
..
6. Kreatif dan InovatifKretif dan inovatif adalah perkara utama yang perlu ada pada seiap usahawan untuk memperoehi kelebihan persangan di dalam pelaburan mereka. Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi, usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para pengguna. Kreativiti boleh dipelajari.

..7. Mencari Maklum BalasUsahawan suka mengetahui bagaimana prestasi mereka dan sering kali cuba memperbaikinya. Mereka aktif mencari dan menggunakan maklum balas yang diterima sebagai cara untuk memperbaiki prestasi mereka. Dari maklum balas, usahawan boleh mempelajari dari kesilapan yang telah mereka lakukan.
..
..
8. Menuju Ke Arah KejayaanKejayaan merupakan motivasi utama untuk seorang usahawan. Apabila usahawan memulakan sesuau, beliau mempunyai semangat untuk menyelesaikannya, mengunggulinya dan mengejarserta mencapai cita-cita yang mencabar. Satu fahaman yang sering disalah ertikan mengenai usahawan adalah "Wang menjadi satu keinginan yang kuat". Kepada usahawan, wang hanya sekadar menunjukkan kejayaan yang mreka kecapi an wang bukan merupakan pemacu motivasi kepada usahawan.
..9. Kebolehan Menentukan VisiUsahawan tahu apa yang ingin mereka capai. Mereka mempunyai visi atau konsep untuk firma mereka. Tidak semua usahawan mempunyai visi di awal pembukaan firma mereka. Di kebanyakan kes, visi dibangunkan setelah usahawan mula menyedari apa yang telah berlaku kepada firma tersebut.
..
..
10. Kemahiran MengaturMembawa peniagaan dari permulaan bukannya perkara yang mudah. Oleh itu, usahawan berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja seperti yang dikehendaki untuk menjayakan tugas tersebut. Usahawan berkebolehan untuk mengurus sumber mereka secara berkesan untuk menukarkan visi menjadi realiti.
..
..
11. Kawalan Fokus DalamanUsahawan percaya kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri mereka sendiri. Kemajuan dan kemunduran berada di dalam kawalan dan pengruh mereka sendiri, dan mereka boleh mempengaruhi akibat yang akan berlaku hasil dari tindakan yang mereka lakukan.
..
12. Toleransi Terhadap KegagalanUsahawan tidak mudah kecewa, putus asa dan sedih apabila mengalami kegagalan. Mereka belajar dari kegagalan. Pada waktu yang sukar, mereka masih lagi mencari peluang yang ada. Kebanyakan usahawan percaya mereka lebih banyak belajar dari kegagalan berbanding kejayaan.

..13. Lebih BertenagaUsahawan adalah lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakan orang. Usahawan perlu lebih bertenaga untuk membolehkan mereka menanggung beban yang besar dan tekanan yang akan mereka hadapi. Tenaga tersebut merupakan faktor utama untuk membolehkan mereka memulakan perniagaan.
..
..
14. Semangat BerpasukanUsahawan yang berjaya selalunya mempunyai standard (kualiti) yan tinggi, bersemangat untuk membantu syarikat berkembang dan membangun.
..
..
15. BerdikariUsahawan adalah seorang yang berdikari. Mereka suka menyelesaikan sesuatu tugas mengikut cara mereka. Ini tidak bermakna usahawan mesti membuat semua keputusan. Mereka mahu mempunyai kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting.
..
16. FleksibelUsahawan tidak tegas terhadap perniagaan (pelaburan) mereka. Mereka amat fleksibel dan berkebolehan untuk menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan suasana perniagaan. Dengan ekonomi dunia yang sering berubah, sikap tegas (ketegasan) sering kali membawa kepada kegagalan.

No comments:
Post a Comment