09 December 2010

RISEC Dan Penerangan Logo


Kelab Usahawan RISDA (RISEC) ditubuhkan bertujuan untuk membina rangkaian kerjasama antara semua usahawan RISDA di seluruh Negara dan
mewujudkan satu pelan pelaksanaan pembangunan usahawan pekebun kecil yang lebih terancang, sistematik dan terselaras.

                 ‘Usahawan RISDA’ - pekebun kecil yang memiliki / mengusahakan          sesebuah perniagaan / perusahaan yang beroperasi secara bersendirian atau      berstatus majikan dan sanggup menanggung risiko dan selaras dengan Akta RISDA 2009.
RISDA telah membangunkan pekebun kecil dalam aktiviti perladangan   getah dan sawit dengan jayanya. Di samping itu, RISDA juga berperanan          menggalakkan pekebun kecil menceburi pelbagai aktiviti ekonomi bagi menambah dan meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta isi rumah. Pekebun kecil        berpotensi yang telah dibimbing telahpun berjaya memajukan diri dengan             peningkatan ciri-ciri keusahawanan bagi meningkatkan pengeluaran dan meluaskan pasaran produk keluaran mereka sama ada produk barangan atau perkhidmatan. Satu rangkaian yang ampuh perlu dibina bagi memberi peluang kepada semua    usahawan yang dilahirkan oleh RISDA bergerak dengan tersusun, bersepadu dan bersatu dalam merancang serta melaksanakan aktiviti keusahawanan dalam era    globalisasi sesuai dan selari dengan satu matlamat serta bernaung di bawah logo yang sama iaitu RISEC (Kelab Usahawan RISDA).


Penerangan Logo RISEC
 OREN—Usahawan yang gigih
 HIJAU—Aktiviti berasaskan Pertanian
 UKIRAN—Aktiviti berasaskan kraftangan
 BANGUNAN—Industri berasaskan perkhidmatan, pertanian dan kraftangan

 

No comments:

Post a Comment